Tuesday, July 8, 2008

KAMI PERLUKAN COMPANY PROFILE PENTERNAK!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Seperti tajuk di atas...kami memerlukan company profile penternak-penternak kecil yang masih tercari-cari saluran yang terbaik untuk memasarkan kambing mereka. Tujuan kami adalah untuk menunjukkan pada agensi kerajaan yang terlibat bahawa kita sebagai penternak sememangnya serius berkecimpung dalam bidang ini selaras dengan matlamat negara untuk menjadikan 'Pertanian Adalah Perniagaan'. Tapi pernahkah kita terfikir??? siapakah yang patut menjayakan saranan kerajaan tu?? Di manakah kita nak jual kambing-kambing kita bila membiak esok?? Satu persoalan yang sebenarnya adalah realiti dalam dunia ternakan ini...dan sebab itulah kami rasa industri ternakan/pertanian di Malaysia ini takkan ke mana...dan sampai bila kita nak bergantung pada Australia?? Indonesia?? South Africa??

Pernahkah kita terfikir....adakah baka yang mereka bekalkan pada kita tu baka yang terbaik?? Untuk pengetahuan bakal penternak atau penternak yang baru...sebenarnya di Malaysia sendiri kita dah ada 'breeder' yang bagus...'breeder' yang mampu menghasilkan baka yang lebih baik dari mereka...cuma mereka ni tak expose lagi pada umum atau mungkin mereka ini tidak mempunyai bekalan mencukupi akibat permintaan yang banyak...dan saya percaya...ini berlaku pada penternak yang besar...penternak yang mempunyai 'cable' yang bagus....tapi apa akan jadi pada penternak-penternak kecil macam kami?? Penternak-penternak yang tidak mempunyai 'cable' atau sedara-mara di agensi yang berkenaan??? Fikir-fikirkanlah...saya percaya...semua penternak mampu menternak kambing...mampu menghasilkan baka yang terbaik....tapi bila berlaku limpahan baka-baka terbaik itu...di manakah saluran yang sepatutnya kita ikut untuk memasarkan kambing tersebut??

Jadi...sebagai kesimpulannya...kami telah berusaha untuk berjumpa dengan beberapa agensi kerajaan yang sudi membantu kami untuk memasarkan kambing-kambing tersebut...InsyaAllah...niat kami adalah untuk membantu kawan-kawan kami atau sesiapa sahaja yang berminat untuk bersama-sama sebagai satu pasukan atau 'team' untuk menunjukkan bahawa kita serius dalam bidang ini...itu sebabnya saya memerlukan company profile Tuan-tuan dan Puan-puan untuk dimajukan ke agensi kerajaan yang sudi membantu kita sebagai penternak...dan harapan saya semoga kita akan dapat menubuhkan sebuah persatuan yang akan membela nasib kita sebagai penternak...takpun sekurang-kurangnya memberi sedikit manfaat pada penternak yang menyertai persatuan tersebut. Bersatu kita teguh...bercerai kita roboh...semoga usaha murni kami ini mendapat keberkatan dari Allah dan mendapat sokongan dari anda semua!!! AllahuAkbar!!!

0

p/s : sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Bro Amin Agrotech

Atap Asbestos (Full Version 2)

Akhirnya, atap asbestos siap di pasang sepenuhnya. Baru lah sejuk mata memandang walaupun kambing takde lagi. Di harap semuanya berjalan dengan lancar selepas ini. Insya-Allah....




Kandang Kambingku

Assalamulaikum kepada semua Sahabat Penternakan Kambinggg....
Mula-mula tulis kat kotak chating tu, pahtu sambung kat sini plak......

Untuk pengetahuan semua, design kandang ini dibuat oleh saya sendiri pada mulanya, tetapi malangnya desing asal itu telah hilang. Pahtu isteri saye telah buat lakaran baru semasa ketiadaan saya dan seterusnya beri kat tukang yang kebetulannya datang masa saye takde kat rumah. Tukang yang buat ni pun memang takde pengalaman langsung buat kandang kambing, so mereka pergi laa survey kandang2 kambing kat area selangor ni dan belajar cara membuatnya. Saya sangat berterima kasih kepada tukang ini kerana sanggup membuiat kandang kambing saya ini walaupun tidak mengikut plan yang dibuat oleh isteri saya itu.

Oleh kerana kenaikan harga minyak, kos membuat kandang telah meningkat sebanyak 50%. Ini telah membuatkan bajet saya telah banyak lari. Ingat dulu nak start belajar dengan 20 ekor kambing dulu, tapi sekarang ni tak tau lagi berapa, bergantung sepenuhnya kepada bajet yang ada.

Tapi walauapapun yang terjadi, saya tidak akan sekali-kali berputus asa dan akan sentiasa terus berusaha demi mencapai kejayaan dalam bidang penternakan kambing ini. Sokongan daripada rakan-rakan penternak sekalian amat saya hargai.

Sekian, Terima Kasih.

Monday, July 7, 2008

Atap Asbestos (Full Version)




Thursday, July 3, 2008

Atap Asbestos

Atap berfungsi untuk melindungi ternakan daripada cuaca panas dan hujan. Atap double roofing telah di pasang pada kandang ini untuk memastikan pengudaraan yang baik berlaku. Tinggi alang dengan atap mestilah sekurang-kurangnya 2 meter. Atap jenis asbestos (sejenis mineral yang digunakan dengan agak meluas di Malaysia sebagai penebat haba) second hand telah digunakan kerana atap ini telah terbukti akan mengurangkan kadar penyerapan haba daripada sinaran matahari dan seterusnya boleh mengelakkan kambing kepanasan. Asbestos juga merupakan bahan yang tidak mudah terbakar.





Aku Seorang Pengembala

Tajuk "Aku Seorang Pengembala" tapi belum lagi membela walau seekor kambing pun (heheheheeh). Tapi aku telah bertekad akan berusaha hingga ketitisan darah yang terakhir untuk mengusahakan ternakan kambing ini walau dengan apa cara sekalipun, Insya-Allah.

Aku seorang pengembala. Aku pun tak tahu macamana aku boleh terjebak ke dalam kancah penternakan ini. Aku bukan berasal dari keluarga yang berada. Aku berasal dari Terengganu dan mempunyai 5 orang adik beradik.

Aku seorang pengembala. Setelah aku menamatkan pengajian aku di Universiti Malaysia Sabah, aku telah di tawarkan bekerja di sebuah kilang minuman di PJ. Aku sempat bekerja di sana selama setahun. Selama itu, aku telah mengenal erti penat lelah bekerja makan gaji. Selepas itu, Allah Maha Pemurah, aku telah ditawarkan bekerja di sektor awam.

Aku seorang pengembala. Semasa bekerja di sektor awam, aku ada sedikit masa dan berpeluang untuk mencari peluang untuk menambahkan pendapatan sampingan. Minat aku terhadap penternakan kambing semakin mendalam apabila aku sentiasa melayari laman web dan blog2 sahabat penternak dan membaca artikel2 berkenaan kambing.

A
ku seorang pengembala. Kemudian aku mengahwini seorang gadis yang kucintai, Azliyana Bt. Mohd Maarof yang berasal dari Klang. Isteri ku sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada aku untuk menceburi bidang penternakan kambing.

Aku seorang pengembala. Dengan berbekal kan tanah seluas 1 ekar milik Isteri ku, sedikit wang saimpanan dan pinjaman daripada bank rakyat, aku sedaya upaya merealisasikan impian aku ini. Genap tanggal 1 Jan 2008 aku telah mengorak langkah berani untuk menceburi bidang penternakan ini.

Aku seorang pengembala. Akhir sekali, aku berharap agar Allah Yang Maha Esa sentiasa memberi kekuatan kepada aku untuk mneruskan perjuangan ini. Aku juga berharap agar Rakan Penternak sekalian agar dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada kepada pengembala mentah ini.

Sekian, Terima Kasih.


Pengembala sedang merenung masa depannya.


Manakan dapat sagunya, jikalau tidak dipecahkan ruyungnya.

Wednesday, July 2, 2008

Dinding Kandang Ku

Pembinaan dinding kandang juga mesti dititik beratkan dalam proses pembinaan kandang kambing ini. Bahan yang digunakan untuk membuat dinding tidak semestinya mahal, tetapi mestilah kukuh. Dinding adalah penting untuk mengasingkan kambing2 yang akan di bela nanti. Pengasingan perlu dilakukan untuk mengawal dan mengelakkan berlakunya penyebaran kuman atau penyakit, elak pengawanan yang tidak diingini dan untuk mengasingkan antara kambing tua dan muda. Dinding bagi baka jantan boleh dibuat lebih tinggi untuk mengelakkan ia melompat.

Dalam pembinaan kandang ini, kayu 1/2" 2" telah digunakan. Kayu2 ini telah dipaku pada tiang penyokong untuk mengukuhkannya. Sebanyak 11 batang kayu telah disusun dengan jarak diantara satu sama lain lebih kurang 4". Dinding yang telah siap adalah setinggi 4 kaki.





Tuesday, July 1, 2008

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh

Langkah seterusnya telah dilakukan oleh tukang kandang kambing iaitu dengan memasang kayu-kayu penyokong untuk memastikan kandang kambing yang dibina ini dapat berdiri dengan teguh. Kayu-kayu ini terdiri daripada kayu second-hand yang keras dan telah masak. Kayu ini dapat menghalang daripada serangan anai-anai.










Wednesday, June 25, 2008

Alang Oh Alang




Sunday, June 22, 2008

Alang2 Menyeluk Pekasam

Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Sekarang kayu penyokong atap telah siap di pasang, dan lepas tu boleh la pasang atap asbestos. Alang yang di buat mestilah menggunakan kayu keras untuk memberikan sokongan padu kepada atap yang akan di pasang. Alang yang kuat akan memastikan atap tetap utuh walaupun di landa dengan angin yang kencang. Alang juga merupakan bahagian yang susah untuk di baiki jika berlaku kerosakan, so kayu yang keras dapat mengurangkan kos pembaikan pada masa akan datang.





Thursday, June 19, 2008

Ratu Hati KUuuuu

Isteriku bak cahaya mentari yang sentiasa menyinari hidupku ini. Isteriku tidak pernah jemu memberi dorongan dan semangat kepada diriku ini. Aku rasa sangat bertuah kerana dapat mengahwini Beliu. Beliau akan ku jaga sehingga nafasku yang terakhir, Insya-Allah. Semoga perkahwinan kami akan kekal sepanjang hayat.

Ratu Hati Ku sedang melakarkan kata2 semangat di lantai kandang kambing.

Terusan Boer

Sistem Perparitan juga memainkan peranan penting

Wednesday, June 18, 2008

Lantai Lagi

Lantai memainkan peranan penting dalam memberi keselesaan kepada kambing2. Lantai yang di bina mestilah mempunyai kebolehan pengudaraan yang baik dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jangkitan penyakit. Ketinggian lantai dari tanah adalah 6 kaki. Ketinggian ini adalah sesuai dan memudahkan kerja mengumpulkan najis kambing. Penggunaan unggun api di bawah kandang juga sesuai untuk ketinggian ini. Jika jarak antara lantai dan tanah terlalau rendah, risiko terdedah kepada pemeruapan ammonia daripada air kencing pada waktu malam adalah lebih ini, dan ini secara tidak langsung akan meningkan lagi bahaya kambing terhadap penyakit Pneumonia (radang paru2).


Lantai slated sesuai untuk mengawal cacing.


Pandangan bawah kandang.


Lagi pandangan bawah kandang.

Tuesday, June 17, 2008

Lantai Oh Lantai

Lantai merupakan salah satu elemen yang penting dan mesti di titik-beratkan semasa pembinaan sesebuah kandang kambing itu. Lanatai yang di bina mestilah kukuh untuk menampung bilangan kambing semaksima yang mungkin. Sifat lantai yang baik mestilah tahan lama, tidak licin, mudah di cuci, tahan pada bahan kimia, tahan pada keadaan basah dan lembap.


Kayu 1" 2" yang digunakan untuk membuat kandang.


Kayu mestilah di susun dengan rapi & kemas untuk membolehkan tahi kambing jatuh.


Jarak antara kayu adalah 1 inci.


Monday, June 16, 2008

Selangkah Ke Alam Kambing Siri 2

Hari demi hari telah berlalu, sekarang kelihatan palang2 kayu telah siap di susun dengan rapi di samping tiang konkrit. Palang2 kayu ini kemudiaannya di paku untuk memberi sokongan yang lebih padu kepada lantai kandang nanti.


Palang kayu yang telah siap di pasang untuk menyokong lantai.


Kayu yang di gunakan mestilah kuat untuk memastikan lantai yang di hasilkan dapat menampung kambing2.


Pandangan dari bawah kandang. Jarak antara palang kayu dengan lantai simen ialah 6 kaki.

Sunday, June 15, 2008

Selangkah Ke Alam Kambing

Akhirnya siap jua lantai kandang kambing ku ini. Walaupun pelbagai dugaan telah datang menimpa, namun ku tetap gagahkan semangat ku ini untuk meneruskannya sehingga akhirnya. Dugaan yang paling besar ialah kenaikan harga barang binaan terutamanya kayu dan simen. Harga simen naik secara mendadak selepas pm mengumumkan kenaikan harga bahan bakar. Harga simen naik sebanyak 50% dan ini menjadikan keseluruhan kos pembinaan meningkat kepada 50%.

Binaan lantai yang condong ke arah longkang.

Lantai yang telah siap di licin & diratakan.

Thursday, June 12, 2008

Rumput Gajah / Napier Pennisetum purpureum


Kajian tentang rumput di Malaysia telah bermula seawal 1930, terutamanya oleh Kementerian Pertanian. Mengikut kajian, Pennisetum purpureum (napier), Brachiara decumbens (rumput signal), Panicum maximum (guinea), Sataria sphacelata cv Kazungula dan Digitaria setivalva adalah rumput MARDI yang paling tahan dalam musim kering.

Rumput Napier, Guinea dan Mardi digit pula merupakan rumput yang sesuai dalam tanah yang mempunyai saliran yang baik dan tanah yang subur manakala tanah yang kurang subur sangat sesuai ditanam dengan rumput Signal dan Kazungula setaria.

Brachiaria mutica (rumput para) dan setaria sohaccelata cv. splendida ( splendida setaria) adalah 2 jenis rumput yang tumbuh subur dalam tanah yang kurang baik salirannya.

Bagi tumbuhan kekacang pula, Leucaena leucocephala (leucaena), telah ditemui sebagai pembekal protein kepada rumput yang kurang bermutu.

Purata berat harian (ADG) bagi setiap ekor kambing sebanyak 320-440g telah dapat dicapai oleh Kedah-Kelantan apabila memakan rumput kekacang atau rumput yang telah dibaja dengan nitrogen.

Pengeluaran kambing adalah lebih ekonomikal jika menggunakan rumput secara efektif. Rumput muda selalunya membekalkan zat yang mencukupi dan lembu yang mendapat cukup campuran rumput dapat membesar secara normal dan dapat menampung keperluan tenaga seharian.

Rumput yang sudah matang mempunyai rendah kandungan mineral terutamanya fosforus. Berikut merupakan keperluan kandungan diet untuk sara diri dan pertumbuhan serta pembiakan dalam kambing.

  1. Air

  2. Tenaga

  3. Protein

  4. Mineral

  5. Vitamin



Monday, June 9, 2008

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Kata orang tua, Usaha Itu Tangga Kejayaan, kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya. Itulah pepatah yang sering kita dengari dari turun temurun. Memang tidak di nafikan bahawa Takkan Melayu Hilang Di Dunia, tetapi melayu lah punca melayu pupus di dunia. Hamba pada mulanya tidak pernah terfikir pun untuk menjadi penternak kambing, nak makan gulai kambing nak laa. Tapi atas desakan ekonomi sekarang, hamba rasa hamba mesti lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

Setelah mempelajari serba sedikit tentang kambing dan ditambah dengan minat yang mendalam, serta dorongan Isteri yang TERCINTA (Azliyana Bt. Mohd Maarof) yang tidak berbelah bagi, hamba pun bertekat ingin menceburi bidang penternakan kambing ini secara separuh masa dan mungkin akan menjadi sepenuh masa kelak.

Sehubungan dengan itu, hamba harap otai-otai penternakan kambing semua dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada budak yang baru belajar ini. Kerjasama anda semua hamba dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, sahaja buat masa ini, di harap kita semua akan berjaya dan sentiasa mendapat rahmat daripada NYA.

Thursday, June 5, 2008

Stone Edge

Genap tanggal 02/06/2008, bermulanya era Zaman Batu. Fasa pertama telah siap dengan jayanya. Hamba berharap agar fasa seterusnya akan berjalan dengan lancar, Isya-Allah. Lepas ni tunggu kayu sampai, and then boleh buat fasa seterusnya.


Tiang batu yang telah siap di konkrit & di ikat dengan batu bata untuk menjamin keutuhan kandang kambing hamba ini.


Total Tiang = 20 batang
Tinngi Tiang = 20 kaki


Area = 30 x 50 feets


Luas tanah dalam 1 ekar


Harap Impian akan Menjadi Kenyataan.

blogger templates | Make Money Online