Monday, June 9, 2008

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Kata orang tua, Usaha Itu Tangga Kejayaan, kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya. Itulah pepatah yang sering kita dengari dari turun temurun. Memang tidak di nafikan bahawa Takkan Melayu Hilang Di Dunia, tetapi melayu lah punca melayu pupus di dunia. Hamba pada mulanya tidak pernah terfikir pun untuk menjadi penternak kambing, nak makan gulai kambing nak laa. Tapi atas desakan ekonomi sekarang, hamba rasa hamba mesti lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

Setelah mempelajari serba sedikit tentang kambing dan ditambah dengan minat yang mendalam, serta dorongan Isteri yang TERCINTA (Azliyana Bt. Mohd Maarof) yang tidak berbelah bagi, hamba pun bertekat ingin menceburi bidang penternakan kambing ini secara separuh masa dan mungkin akan menjadi sepenuh masa kelak.

Sehubungan dengan itu, hamba harap otai-otai penternakan kambing semua dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada budak yang baru belajar ini. Kerjasama anda semua hamba dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, sahaja buat masa ini, di harap kita semua akan berjaya dan sentiasa mendapat rahmat daripada NYA.

blogger templates | Make Money Online