Wednesday, June 25, 2008

Alang Oh Alang




Sunday, June 22, 2008

Alang2 Menyeluk Pekasam

Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Sekarang kayu penyokong atap telah siap di pasang, dan lepas tu boleh la pasang atap asbestos. Alang yang di buat mestilah menggunakan kayu keras untuk memberikan sokongan padu kepada atap yang akan di pasang. Alang yang kuat akan memastikan atap tetap utuh walaupun di landa dengan angin yang kencang. Alang juga merupakan bahagian yang susah untuk di baiki jika berlaku kerosakan, so kayu yang keras dapat mengurangkan kos pembaikan pada masa akan datang.





Thursday, June 19, 2008

Ratu Hati KUuuuu

Isteriku bak cahaya mentari yang sentiasa menyinari hidupku ini. Isteriku tidak pernah jemu memberi dorongan dan semangat kepada diriku ini. Aku rasa sangat bertuah kerana dapat mengahwini Beliu. Beliau akan ku jaga sehingga nafasku yang terakhir, Insya-Allah. Semoga perkahwinan kami akan kekal sepanjang hayat.

Ratu Hati Ku sedang melakarkan kata2 semangat di lantai kandang kambing.

Terusan Boer

Sistem Perparitan juga memainkan peranan penting

Wednesday, June 18, 2008

Lantai Lagi

Lantai memainkan peranan penting dalam memberi keselesaan kepada kambing2. Lantai yang di bina mestilah mempunyai kebolehan pengudaraan yang baik dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jangkitan penyakit. Ketinggian lantai dari tanah adalah 6 kaki. Ketinggian ini adalah sesuai dan memudahkan kerja mengumpulkan najis kambing. Penggunaan unggun api di bawah kandang juga sesuai untuk ketinggian ini. Jika jarak antara lantai dan tanah terlalau rendah, risiko terdedah kepada pemeruapan ammonia daripada air kencing pada waktu malam adalah lebih ini, dan ini secara tidak langsung akan meningkan lagi bahaya kambing terhadap penyakit Pneumonia (radang paru2).


Lantai slated sesuai untuk mengawal cacing.


Pandangan bawah kandang.


Lagi pandangan bawah kandang.

Tuesday, June 17, 2008

Lantai Oh Lantai

Lantai merupakan salah satu elemen yang penting dan mesti di titik-beratkan semasa pembinaan sesebuah kandang kambing itu. Lanatai yang di bina mestilah kukuh untuk menampung bilangan kambing semaksima yang mungkin. Sifat lantai yang baik mestilah tahan lama, tidak licin, mudah di cuci, tahan pada bahan kimia, tahan pada keadaan basah dan lembap.


Kayu 1" 2" yang digunakan untuk membuat kandang.


Kayu mestilah di susun dengan rapi & kemas untuk membolehkan tahi kambing jatuh.


Jarak antara kayu adalah 1 inci.


Monday, June 16, 2008

Selangkah Ke Alam Kambing Siri 2

Hari demi hari telah berlalu, sekarang kelihatan palang2 kayu telah siap di susun dengan rapi di samping tiang konkrit. Palang2 kayu ini kemudiaannya di paku untuk memberi sokongan yang lebih padu kepada lantai kandang nanti.


Palang kayu yang telah siap di pasang untuk menyokong lantai.


Kayu yang di gunakan mestilah kuat untuk memastikan lantai yang di hasilkan dapat menampung kambing2.


Pandangan dari bawah kandang. Jarak antara palang kayu dengan lantai simen ialah 6 kaki.

Sunday, June 15, 2008

Selangkah Ke Alam Kambing

Akhirnya siap jua lantai kandang kambing ku ini. Walaupun pelbagai dugaan telah datang menimpa, namun ku tetap gagahkan semangat ku ini untuk meneruskannya sehingga akhirnya. Dugaan yang paling besar ialah kenaikan harga barang binaan terutamanya kayu dan simen. Harga simen naik secara mendadak selepas pm mengumumkan kenaikan harga bahan bakar. Harga simen naik sebanyak 50% dan ini menjadikan keseluruhan kos pembinaan meningkat kepada 50%.

Binaan lantai yang condong ke arah longkang.

Lantai yang telah siap di licin & diratakan.

Thursday, June 12, 2008

Rumput Gajah / Napier Pennisetum purpureum


Kajian tentang rumput di Malaysia telah bermula seawal 1930, terutamanya oleh Kementerian Pertanian. Mengikut kajian, Pennisetum purpureum (napier), Brachiara decumbens (rumput signal), Panicum maximum (guinea), Sataria sphacelata cv Kazungula dan Digitaria setivalva adalah rumput MARDI yang paling tahan dalam musim kering.

Rumput Napier, Guinea dan Mardi digit pula merupakan rumput yang sesuai dalam tanah yang mempunyai saliran yang baik dan tanah yang subur manakala tanah yang kurang subur sangat sesuai ditanam dengan rumput Signal dan Kazungula setaria.

Brachiaria mutica (rumput para) dan setaria sohaccelata cv. splendida ( splendida setaria) adalah 2 jenis rumput yang tumbuh subur dalam tanah yang kurang baik salirannya.

Bagi tumbuhan kekacang pula, Leucaena leucocephala (leucaena), telah ditemui sebagai pembekal protein kepada rumput yang kurang bermutu.

Purata berat harian (ADG) bagi setiap ekor kambing sebanyak 320-440g telah dapat dicapai oleh Kedah-Kelantan apabila memakan rumput kekacang atau rumput yang telah dibaja dengan nitrogen.

Pengeluaran kambing adalah lebih ekonomikal jika menggunakan rumput secara efektif. Rumput muda selalunya membekalkan zat yang mencukupi dan lembu yang mendapat cukup campuran rumput dapat membesar secara normal dan dapat menampung keperluan tenaga seharian.

Rumput yang sudah matang mempunyai rendah kandungan mineral terutamanya fosforus. Berikut merupakan keperluan kandungan diet untuk sara diri dan pertumbuhan serta pembiakan dalam kambing.

  1. Air

  2. Tenaga

  3. Protein

  4. Mineral

  5. Vitamin



Monday, June 9, 2008

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Kata orang tua, Usaha Itu Tangga Kejayaan, kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya. Itulah pepatah yang sering kita dengari dari turun temurun. Memang tidak di nafikan bahawa Takkan Melayu Hilang Di Dunia, tetapi melayu lah punca melayu pupus di dunia. Hamba pada mulanya tidak pernah terfikir pun untuk menjadi penternak kambing, nak makan gulai kambing nak laa. Tapi atas desakan ekonomi sekarang, hamba rasa hamba mesti lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

Setelah mempelajari serba sedikit tentang kambing dan ditambah dengan minat yang mendalam, serta dorongan Isteri yang TERCINTA (Azliyana Bt. Mohd Maarof) yang tidak berbelah bagi, hamba pun bertekat ingin menceburi bidang penternakan kambing ini secara separuh masa dan mungkin akan menjadi sepenuh masa kelak.

Sehubungan dengan itu, hamba harap otai-otai penternakan kambing semua dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada budak yang baru belajar ini. Kerjasama anda semua hamba dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, sahaja buat masa ini, di harap kita semua akan berjaya dan sentiasa mendapat rahmat daripada NYA.

Thursday, June 5, 2008

Stone Edge

Genap tanggal 02/06/2008, bermulanya era Zaman Batu. Fasa pertama telah siap dengan jayanya. Hamba berharap agar fasa seterusnya akan berjalan dengan lancar, Isya-Allah. Lepas ni tunggu kayu sampai, and then boleh buat fasa seterusnya.


Tiang batu yang telah siap di konkrit & di ikat dengan batu bata untuk menjamin keutuhan kandang kambing hamba ini.


Total Tiang = 20 batang
Tinngi Tiang = 20 kaki


Area = 30 x 50 feets


Luas tanah dalam 1 ekar


Harap Impian akan Menjadi Kenyataan.

blogger templates | Make Money Online