Thursday, July 3, 2008

Atap Asbestos

Atap berfungsi untuk melindungi ternakan daripada cuaca panas dan hujan. Atap double roofing telah di pasang pada kandang ini untuk memastikan pengudaraan yang baik berlaku. Tinggi alang dengan atap mestilah sekurang-kurangnya 2 meter. Atap jenis asbestos (sejenis mineral yang digunakan dengan agak meluas di Malaysia sebagai penebat haba) second hand telah digunakan kerana atap ini telah terbukti akan mengurangkan kadar penyerapan haba daripada sinaran matahari dan seterusnya boleh mengelakkan kambing kepanasan. Asbestos juga merupakan bahan yang tidak mudah terbakar.





Aku Seorang Pengembala

Tajuk "Aku Seorang Pengembala" tapi belum lagi membela walau seekor kambing pun (heheheheeh). Tapi aku telah bertekad akan berusaha hingga ketitisan darah yang terakhir untuk mengusahakan ternakan kambing ini walau dengan apa cara sekalipun, Insya-Allah.

Aku seorang pengembala. Aku pun tak tahu macamana aku boleh terjebak ke dalam kancah penternakan ini. Aku bukan berasal dari keluarga yang berada. Aku berasal dari Terengganu dan mempunyai 5 orang adik beradik.

Aku seorang pengembala. Setelah aku menamatkan pengajian aku di Universiti Malaysia Sabah, aku telah di tawarkan bekerja di sebuah kilang minuman di PJ. Aku sempat bekerja di sana selama setahun. Selama itu, aku telah mengenal erti penat lelah bekerja makan gaji. Selepas itu, Allah Maha Pemurah, aku telah ditawarkan bekerja di sektor awam.

Aku seorang pengembala. Semasa bekerja di sektor awam, aku ada sedikit masa dan berpeluang untuk mencari peluang untuk menambahkan pendapatan sampingan. Minat aku terhadap penternakan kambing semakin mendalam apabila aku sentiasa melayari laman web dan blog2 sahabat penternak dan membaca artikel2 berkenaan kambing.

A
ku seorang pengembala. Kemudian aku mengahwini seorang gadis yang kucintai, Azliyana Bt. Mohd Maarof yang berasal dari Klang. Isteri ku sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada aku untuk menceburi bidang penternakan kambing.

Aku seorang pengembala. Dengan berbekal kan tanah seluas 1 ekar milik Isteri ku, sedikit wang saimpanan dan pinjaman daripada bank rakyat, aku sedaya upaya merealisasikan impian aku ini. Genap tanggal 1 Jan 2008 aku telah mengorak langkah berani untuk menceburi bidang penternakan ini.

Aku seorang pengembala. Akhir sekali, aku berharap agar Allah Yang Maha Esa sentiasa memberi kekuatan kepada aku untuk mneruskan perjuangan ini. Aku juga berharap agar Rakan Penternak sekalian agar dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada kepada pengembala mentah ini.

Sekian, Terima Kasih.


Pengembala sedang merenung masa depannya.


Manakan dapat sagunya, jikalau tidak dipecahkan ruyungnya.

blogger templates | Make Money Online